25 wanita sertai kursus masakan berasaskan nanas

25 wanita sertai kursus masakan berasaskan nanas di Bukit Mertajam anjuran LPNM

PEGAWAI LPNM Negeri Pulau Pinang, Amar Azizan (tengah) bersamapeserta sempena Program Keusahawan 2023 setelah menerima sijil masing-masing di Jabatan Pertanian Cheruk To’kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. – UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 25 wanita menyertai Kursus Pemprosesen Produk Industri Asas Tani (IAT) berasaskan nanas sempena Program Keusahawanan 2023 di Jabatan Pertanian Cheruk To’kun Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Pulau Pinang bagi masakan sambal hitam nanas, acar nanas ikan talang, kordial nanas, sandwich nanas, risoles nanas dan cheese tart nanas diajar oleh Hasarinawati Wahab dan Azila Md. Ali.

Urusetia program itu, Nurfarahin Jasmani berkata, usaha dilakukan ini boleh melahirkan lebih ramai wanita muda bawah 40 tahun yang pandai masak hasil daripada buah nanas.

“Peserta juga boleh menjadi usahawan untuk menjana pandapatan yang lebih sekiranya serius dengan kerjaya masing-masing,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya