2.2 juta pekerja layak ikuti HSP 3.0

2.2 juta pekerja layak ikuti HSP 3.0

MUSTAPHA Sakmud (tiga dari kiri), Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua dari kanan) dan Shaiful Subhan (kanan) pada Majlis Perasmian HSP 3.0 di UEM Edgenta Learning Centre di Petaling Jaya, Selangor. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 2.2 juta pekerja di dalam negara ini layak menyertai Program Saringan Kesihatan Perkeso 3.0 (HSP 3.0) yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, HSP 3.0 diadakan untuk memberi kesedaran kepada majikan tentang keperluan menjaga kesihatan pekerja mereka.

“HSP 3.0 ini berperanan membuka minda majikan di seluruh negara supaya mengutamakan kesihatan pekerja sejajar dengan tekad kerajaan dalam gagasan Malaysia Madani.

“Saringan kesihatan ini percuma kepada semua pekerja 40 tahun ke atas yang mencarum dengan Perkeso. Ia bertujuan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD),” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian HSP 3.0 di UEM Edgenta Learning Centre.

Yang hadir sama  Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Pengarah Urusan Edgenta Mediserve Sdn Bhd merangkap Ketua Penyelesaian Penjagaan Kesihatan UEM Edgenta, Shaiful Subhan.

Mohammed Azman berkata, pendemik Covid-19 sebelum ini membuka mata ramai pihak tentang pentingnya menjaga kesihatan kerana mereka yang mempunyai masalah NCD lebih berisiko dijangkiti virus tersebut.

“Penyakit tidak berjangkit ataupun NCD adalah penyumbang masalah kesihatan di negara ini termasuk golongan pekerja.

“NCD perlu diberi perhatian khusus kerana ia memberi kesan negatif kepada mata pencarian pekerja akibat komplikasi penyakit yang menjejaskan keupayaan pekerja.

“Sesungguhnya, aset utama mana-mana organisasi dalam memacu operasi dan perniagaan adalah pekerja,” katanya.

Beliau menyeru syarikat swasta, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan supaya bersama-sama Perkeso meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja.

“UEM Edgenta sebagai rakan kerjasama Perkeso juga akan memastikan semua pekerjanya yang memenuhi kelayakan di seluruh negara untuk menjalani saringan kesihatan itu,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya