10 Perdana Menteri lahir daripada kilang UMNO

10 Perdana Menteri lahir daripada kilang UMNO

GELAGAT perwakilan Puteri UMNO yang menghadiri PerhimpunaN Agung UMNO di WTC, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO adalah parti gergasi yang mampu bangkit semula berdasarkan sejarah perjuangan yang panjang dan berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin negara.

Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai, Nooryana Najwa Najib berkata, setiap Perdana Menteri Malaysia telah dilatih dan dibimbing oleh UMNO.

“Siapa kata UMNO tidak boleh bangkit sekali lagi? Sedangkan semua Perdana Menteri Malaysia lahir daripada kilang UMNO. Tak kiralah dari keris ke, bunga ke, mata ke, semuanya datang dari DNA UMNO. Semuanya dilatih dan dibentuk dalam dewan ini.

“Hargailah identiti, hargailah legasi, hargailah akar umbi. Jangan biarkan UMNO ini dipijak, diperlekeh atau dipergunakan oleh mana-mana pihak sama ada kawan atau lawan.

“Ada yang telah pergi meninggalkan kita, ada yang masih bersama kita dan ada juga yang terpenjara kerana perjuangan ini,” katanya dalam perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO.

Kata Nooryana, wanita muda UMNO sanggup meninggalkan keluarga demi mempertahan parti itu atas dasar perjuangan.

“Mengapa kami wanita muda UMNO sanggup berkorban untuk parti walaupun dalam kesibukan membina keluarga dan kerjaya? Ada yang sanggup meninggalkan suami dan anak kecil?

“Ini kerana kami faham. Sepanjang penubuhan UMNO, parti keramat ini telah dibina atas pengorbanan semua pihak. Bermula dari sekecil-kecil ahli biasa akar umbi seperti kami, sehinggalah setinggi-tinggi Presiden UMNO sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nooryana yang merupakan anak bekas perdana menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan agar konsep taska dan tadika yang sedia ada di bawah kerajaan diperbanyak.

“Konsep taska dan tadika seperti model Pusat Anak Permata Negara dahulu perlu diperluas khususnya di bandar-bandar besar bagi golongan yang kurang berkemampuan. Kalau nak rebrand jadi Tadika Rahmah pun okaylah asalkan objektifnya tercapai.

“Tahun ini, untuk kali pertama, semasa persidangan Puteri, Datuk Ketua Puteri kita telah mengambil inisiatif untuk menyediakan bilik jagaan anak-anak Puteri dengan perkhidmatan yang selesa,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya