(VIDEO) Bangunan KWSP terbakar lagi

(VIDEO) Bangunan KWSP terbakar lagi

PASUKAN bomba dan menyelamat sedang memadam kebakaran di bangunan lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, dekat sini terbakar pagi ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira pukul 10 pagi dan tular dalam laman sosial.

RAKAMAN video memaparkan pasukan bomba dan menyelamat sedang memadam kebakaran di bangunan lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor.

Utusan Malaysia difahamkan, ini adalah insiden kali kedua berlaku di bangunan sama. 

Sebelum ini, kebakaran dilaporkan di bangunan itu pada 12 Februari 2018. 

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit. 

Kata beliau, kerja-kerja pemadaman ketika ini sedang dilakukan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya