Tiada logo UMNO, DAP dalam kertas undi

Tiada logo UMNO, DAP dalam kertas undi

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Majlis Kerja (MKT) Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada logo UMNO atau DAP akan tertera dalam kertas undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut ahli Parlimen Pontian itu, setakat yang diputuskan ketika ini hanya dua kumpulan parti terbesar iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan digunakan bagi menentang Perikatan Nasional (PN).

“Apabila kita berada dalam satu pasukan, kita kena tolong menolong, bendera DAP atau logo DAP tak akan ada dalam kertas undi, bendera UMNO pun tiada, yang ada adalah logo-logo PH dan BN. Itu lah hakikat yang ada dalam politik PRN kali ini.

“Itu sebab saya pelik kenapa kenyataan saya diputar belit sedemikian rupa sehingga berlaku polemik yang amat hebat di luar sana sampai saya dikafirkan.

“Jadi saya ingi memberikan kefahaman kepada pengundi bahawa tiada logo UMNO atau DAP dalam PRN kerana kita bertanding berkumpulan dalam kerajaan Perpaduan yang merangkumi 19 parti dengan lima parti utama iaitu BN, PH, GPS, GRS dan Warisan,” katanya menerusi sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS), di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan I itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan ahli MKT, Isham Jalil bahawa sokongan kepada parti itu akan terhakis jika pemimpinnya terus membuat desakan melampau yang mahu kan ahli mengundi calon DAP pada PRN.

Pada masa sama, beliau tidak mahu perkara tersebut terus dipanjangkan atau dipolemikkan selain meminta para pengundi supaya tidak merasa risau atau khuatir.

“Hanya BN dan PH dalam PRN (akan datang), tiada logo DAP pun (jadi) tiada apa nak dirisaukan. Tidak perlu dipolemikkan perkara ini, saya cakap lain, (berita) diberi tajuk lain,” ujarnya.

Pada 19 Mei lalu, media melaporkan pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN diminta memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Ahmad berkata, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya