Tiada Ahli Parlimen UMNO, BN kosongkan kerusi - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Tiada Ahli Parlimen UMNO, BN kosongkan kerusi – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan tetamu pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Perak di Lenggong hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada Ahli Parlimen daripada parti itu mahupun Barisan Nasional (BN) yang  meletak jawatan di sebalik khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan.

Menurutnya, beliau sendiri telah menjalankan kaji selidik terhadap dakwaan tersebut.

“Ada pihak yang mahu gugat kerajaan. Saya dengar ada 13 orang (Ahli Parlimen) yang mahu letak jawatan, kemudian angka itu naik kepada 15.

“Saya kaji selidik tiap-tiap seorang Ahli Parlimen dan saya sahkan tiada seorang pun Ahli Parlimen BN dan UMNO (mahu) kosongkan kerusi kerana tindakan ini adalah bertentangn dengan Akta Lompat Parti.

“Saya nyatakan BN sangat komited untuk terus bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan terus mempertahankan kerajaan ini ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, walaupun khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan kerajaan Pusat, namun hakikatnya kerajaan yang ada sekarang adalah kukuh dengan mempunyai sokongan 148 Ahli Parlimen atau dengan majoriti dua pertiga.

Menurutnya, kerajaan yang ada sekarang adakah kerajaan yang paling kukuh kerana mempunyai majoriti dua pertiga sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU-11).

Katanya, selepas PRU-15, walaupun BN hanya mempunyai 30 kerusi Parlimen namun kombinasi dengan Pakatan Harapan (PH), kerajaan dapat dibentuk dengan majoriti 112 kerusi.

“Dengan kebijaksaaan Perdana Menteri, kita (kerajaan) berada dalam keadaan stabil dengan 148 kerusi.

“Perkara yang penting ialah memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan bukannya berpolitik. Kerana melayani perbezaan politik, kita (negara) bertukar Perdana Menteri tiga kali, akibatnya kita hilang kepercayaan pelabur asing.

“Dalam keadaan itu, Perdana Menteri telah usahakan (menarik) pelabur luar melabur dengan lawatan-lawatan ke luar negara dan hasilnya pertumbuhan ekonomi kini naik mendadak, ini semua untuk kepentingan rakyat,” katanya,

Ahmad Zahid berkata, jika ada pihak yang berkata pertukaran kerajaan adalah untuk kepentingan rakyat, negara akan ditertawakan oleh negara lain kerana Malaysia telah bertukar tiga Perdana Menteri.

“Jika kerajaan kukuh, UMNO akan usahakan Saarani (Mohamad), akan pastikan beliau kekal sebagai Menteri Besar kerana ini penting untuk kestabilan negeri Perak,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya