‘Terima kasih untuk lima bulan Shila Amzah, Ubai berpisah?

‘Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini’ – Shila Amzah, Ubai berpisah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah, 32, memberi bayangan hubungan percintaannya dengan pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 25, sudah berakhir.

Menerusi sebuah hantaran dalam Instagram, Shila memuat naik sekeping gambar bersama Ubai dengan kapsyen terima kasih kerana menemaninya selama lima bulan ini.

“Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth.

“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati.

“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya.

Sebelum ini, pasangan itu mendedahkan sedang dalam perancangan untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Ubai sudah membeli sebentuk cincin, namun segalanya masih dalam perbincangan antara keluarga.

Terdahulu, Shila dan Ubai mengesahkan hubungan percintaan mereka menerusi laman sosial TikTok.

Walaupun berbeza usia, namun hubungan mereka direstui keluarga.

Utusan Malaysia berusaha menghubungi Shila bagi mendapatkan pengesahan, namun panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya