Tawar tambang penerbangan murah sempena Kaamatan, Gawai

Tawar tambang penerbangan murah sempena Kaamatan, Gawai

AHMAD Zahid Hamidi semasa tiba pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi prihatin dengan rungutan rakyat Sabah dan Sarawak yang terpaksa membayar tambang penerbangan yang mahal semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Justeru, sempena perayaan Pesta Kaamatan pada hujung Mei dan Gawai pada awal Jun, beliau telah memohon kepada jemaah menteri melalui Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk menawarkan tambang kapal terbang yang murah kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia.

“Saya dengar rungutan rakyat yang terpaksa pulang ke kampung halaman dengan tambang yang begitu mahal oleh itu, saya amat prihatin dan saya telah memohon kepada jemaah menteri melalui Menteri Pengangkutan agar perayaan Kaamatan dan Gawai berikan tambang murah untuk rakyat Sabah dan Sarawak pulang ke kampung halaman.

“Saya harap ia akan dapat beri kemudahan dan peluang kepada golongan B40 dan M40 yang berhadapan dengan kewangan yang terhad untuk pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah hari ini.

Terdahulu dalam majlis berasingan di MRSM Kota Kinabalu, Ahmad Zahid berkata, isu berkaitan tambang mahal itu telah dibincangkan dengan syarikat penerbangan agar melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan bukannya mengikut permintaan dan penawaran.

“Kita berharap pada perayaan-perayaan yang akan datang, perkara ini dapat diatasi dengan segera.

“Kami di peringkat pusat amat perihatin terhadap permasalahan yang dihadapi, terutama dari segi kos penerbangan udara untuk rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung.

“Kita akan lihat pada Hari Gawai dan Kamaatan supaya masalah ini tidak timbul lagi dan saya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memantau isu ini supaya dapat dilaksanakan,” katanya.

Malah katanya, Perdana Menteri mencadangkan agar wujudkan Butik Air iaitu syarikat penerbangan antara Sabah dan Sarawak tapi, diharap ia bukan hanya menghubungkan Sabah dan Sarawak tetapi juga melakukan perhubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan untuk mewujudkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Borneo untuk Sabah dan Sarawak, Ahmad Zahid berkata, isu itu akan harus dilihat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali.

“Saya harap Menteri bertanggungjawab untuk Sabah dan Sarawak yang juga Ahli Parlimen Papar akan membawa isu ini ke Kabinet Negeri,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya