Sultan Nazrin rai pengamal media sempena Hawana - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin rai pengamal media sempena Hawana

PENGAMAL media bergambar bersama Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada majlis santapan sempena Hawana di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Lebih 300 pengamal media daripada pelbagai agensi hari ini diraikan pada majlis santapan istimewa bersama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Majlis santapan yang diadakan di Istana Iskandariah di Bukit Chandan di sini, bagi meraikan pengamal media yang menghadiri Hari Wartawan Nasional (Hawana) di Ipoh.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Antara pengamal media yang hadir termasuklah ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif media.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar; Pengarang Utusan Malaysia, Aznan Bakar dan Pengarang Kosmo!, Wan Hasnan Wan Hassan.

Sambutan Hawana 2023 bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok kira-kira pukul 2 petang di Hotel Casuarina @Meru.

Penyampaian Anugerah Hawana 2023 dan program Penyampaian Kasih@Hawana turut diadakan pada majlis kemuncak itu.

Tarikh 29 Mei yang diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional (Hawana) itu dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur.

Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya