Sukan SEA 2023, kesalahan jenayah syariah tumpuan hari ini

PARLIMEN: Sukan SEA 2023, kesalahan jenayah syariah antara tumpuan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan langkah ke hadapan yang akan dilaksana kerajaan susulan keputusan yang diperoleh kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja, baru-baru ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan oleh Ahmad Fadhli Shaari [PN-Pasir Mas] kepada Menteri Belia dan Sukan menerusi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Lo Su Fui [GRS-Tawau] pula akan bertanya kepada Perdana Menteri mengenai komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu bekalan air di Sabah seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, baru-baru ini.

Soalan itu turut meliputi pendekatan mengambil alih pengurusan air di Sabah seperti dilapor oleh media yang dikhuatiri bertentangan dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan peranan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri dalam memastikan komitmen berkenaan dilaksanakan.

Pada sesi soal jawab pula, Ahmad Tarmizi Sulaiman [PN-Sik] mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai usaha memartabatkan pentadbiran Mahkamah Syariah yang menyeluruh termasuk dari segi hukuman kesalahan jenayah syariah dan pelantikan Hakim Syarie.

Persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan bacaan kedua Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.