PASIR PUTEH: Sikap tidak bertanggungjawab pengunjung yang membuang sampah di merata-rata tempat menukar pemandangan indah Pantai Bisikan Bayu, Semerak di sini menjadi ‘cacat’. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, meskipun Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) menyediakan tong-tong sampah, pengunjung dilihat lebih selesa membuang sampah di merata-rata tempat termasuk melonggokannya di kawasan pantai. Seorang peniaga, Ibrahim Abdullah, 44, berkata, orang ramai yang berkunjung ke pantai itu sepatutnya memanfaatkan kemudahan tong sampah yang disediakan. “Tindakan memanfaatkan kemudahan ini bukan sahaja menjadikan kawasan ini bersih malah memudahkan tugas pekerja pembersihan memungut sampah,” katanya semalam. Dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya