Siasatan kes bunuh ahli perniagaan, lima suspek disambung reman - Utusan Malaysia

Siasatan kes bunuh ahli perniagaan, lima suspek disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima suspek yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan ahli perniagaan bergelar doktor akan di­sambung reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa ditemukan dengan keadaan tangan terikat dalam sebuah bagasi di cerun bukit di Hulu Langat dekat sini, Khamis lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Sela­ngor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah memohon perintah lanjut reman terhadap kesemua suspek.

“Beberapa lagi keterangan mereka (suspek) diperlukan untuk melengkapkan kertas siasatan dan kemudian baru kita akan menghantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya.

“Tangkapan masih lima orang termasuk suspek utama iaitu seorang kontraktor serta rakan serumah mangsa yang juga telah melaporkan kehilangan ahli perniagaan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Selasa lalu, Hussein dilaporkan berkata, seorang lelaki tempatan yang berusia lingkungan 40-an yang mempunyai rangkaian klinik kesihatan persendirian ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dengan kesan leher dijerut pengikat kabel.

Jelas beliau, penemuan mangsa susulan tangkapan ke atas beberapa suspek susulan rakan serumah mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangannya selepas bertemu dengan seseorang di Semenyih pada 26 April lalu.

“Menurut laporan pe­ngadu, sebelum hilang, mang­sa ada menghantar satu pesanan ringkas melalui te­lefon bimbitnya dan meminta pengadu memasukkan wang mangsa ke satu akaun syarikat yang tidak dikenali berjumlah RM228,000.

“Bagaimanapun pengadu yang curiga tidak memasukkan wang berkenaan sebagaimana diarahkan. Malah, telefon bimbit mangsa gagal dihubungi dan keluarga mang­sa juga curiga serta bimbang keselamatannya,” katanya.

Susulan itu, polis menangkap tiga lelaki dan dua perempuan warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 40 tahun sekitar Kajang dan Ampang selain dibawa ke lokasi penemuan mayat mangsa dan merampas beberapa barangan berkaitan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya