SHAH ALAM: Selangor diyakini mampu mencapai perolehan negeri lebih jauh daripada sasaran RM2 bilion selepas negeri itu berjaya meraih 45 peratus daripada jumlah tersebut dalam suku pertama tahun ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, negeri penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terbesar negara itu mampu mencapai sasaran walaupun berdepan kelembapan pertumbuhan ekonomi global. “Pertumbuhan KDNK yang dijangka kekal positif sepanjang…