SD bukan sistem demokrasi Parlimen

SD bukan sistem demokrasi Parlimen

DR, JAYUM JAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Dalam cubaan me­negakkan sebuah kerajaan, akaun bersumpah (SD) bukan cara yang terbaik.

Profesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Jayum Jawan berkata, bahkan ia bukan cara dituntut dalam sistem demokrasi berparlimen.

“SD semacam kaedah orang takut; mencuba sahaja dan kepastian tidak ada, dan diabsah pun.

“Kaedah terbaik dan mengikut lunas demokrasi ialah undi percaya dalam dewan rakyat. Sekiranya, ada pihak was-was tentang keabsahan kerajaan, maka kaedah terhomat ialah usulkan undi tidak percaya pada sidang Parlimen,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Pada masa yang sama, kata beliau, SD adalah penyerataan di luar sidang Parlimen.

“Ia boleh dipercayai selagi Parlimen tidak bersidang. Namun, muktamad ialah undi percaya atau undi tidak percaya bagi menegakkan kerajaan atau menjatuhkan sesuatu kerajaan.

“Sejak PRU 2018, kerajaan Malaysia ibarat berada di hujung tanduk. Ini kerana tiada parti utama ada manioriti sendiri,” jelas beliau.

Bagaimanapun tidak dinafikan kata beliau, ia bergantung kepada sokongan pelbagai parti untuk mendapat majoriti bagi membolehkan mereka memerintah.

“Justeru, apabila ada desas-desus ada ahli Parlimen atau parti penyokong mahu keluar, maka goyanglah kerajaan.

“Hal ini akan berterusan sehingga parti utama dalam gabu­ngan parti pemerintah ada majoriti sendiri. Barulah kerajaan mereka teguh kerana tidak bergantung kepada parti yang mengambil kesempatan kerana mungkin ada tawaran lebih baik dari pihak lawan,” tambahnya.

Jayum berkata, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sentiasa berhadapan dengan kemungkinan ia dijatuhkan kerana pihak lawan pun ada sejumlah kerusi parliman yang agak besar.

Yang kedua, katanya, bila ada tawaran yang lebih baik kepada parti komponen kerajaan perpa­duan orang politik timbang ‘untung/rugi’ juga dalam memberi sokongan, itu kelaziman tingkahlau manusia.

“Ketiga, apabila kerajaan perpaduan tidak menunaikan tata kerja yang dijanjikan, penyokong akan beralih pandang ke tempat lain mencari keujtungan yang lebih lumayan.

“Malah setakat ini, kerajaan perpaduan dan Anwar memberi harapan tinggi tetapi belum dapat menyampaikan sebahagian kecil pun dari apa yang diharapkan penyokong dalam kalangan komponen kerajaan perpaduan apa lagi rakyat pelbagai etnik, agama, budaya dan cara hidup.

“Kerajaan Madani belum bergerak ke arah madani dan enam prinsip yang mendasari Malaysia Madani,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×