Saya tidak akan hormat pandangan peribadi Annuar - Zahid

Saya tidak akan hormat pandangan peribadi Annuar – Zahid

AHMAD Zahid Hamidi berucap pada sesi meja bulat MPN di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menghormati pandangan peribadi yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya tidak akan hormat pandangan peribadi beliau,” ujarnya ringkas menerusi sidang media ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Majlis Profesor Negara 2023 di sini hari ini.

Presiden UMNO itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Annuar bahawa parti berkenaan bakal ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, bekas ahli Parlimen Ketereh itu turut berkata, kehadiran puak sosialis, liberal dan DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO untuk terus meninggalkan parti tersebut.

Semalam, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali di WTCKL menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan bagi membina kerjasama lebih utuh pada masa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.