Saudagar Asia sasar 3 juta tub coklat tahun ini

Saudagar Asia sasar 3 juta tub coklat tahun ini

SAID Saiful (tengah) ketika merasmikan pelancaran produk baharu Unicorn Strawberry Chocolate baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengusaha produk coklat dan bijirin jenama tempatan Saudagar Asia Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menguasai pasaran di negara ini dalam tempoh beberapa akan tahun datang selepas berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Pengasasnya, Said Saiful Fazli berkata, peluang dan keyakinan itu timbul selepas penghasilan produk inovasi terbaharu dibawah keluaran syarikatnya pada tahun ini.

“Produk kita telah menjalani penyelidikan dan pembangunan secara teliti untuk memenuhi pasaran tempatan.

“Justeru kita menyasarkan jualan 100,000 tub mini menerusi pengenalan produk terbaharu iaitu Unicorn Strawberry Chocolate yang mempunyai pelbagai warna,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Syarikat yang ditubuhkan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) ini mempunyai kilang di Melaka, Rawang dan Perak berjaya menjual 500,000 tub coklat tahun lalu.

Dalam pada itu, Said Saiful berkata, beliau menyasarkan untuk menghasilkan sebanyak tiga juta tub coklat pada tahun ini.

Katanya, angka tersebut mampu dicapai menerusi pemasaran optimum di pelbagai platform terutama media sosial.

“Selain itu, kita mempunyai kira-kira 10,000 ejen di seluruh negara sekali gus antara strategi utama perniagaan kami,” ujarnya.

Mengulas berkenaan produk baharu Unicorn Strawberry Chocolate itu, Said Saiful berkata, ia menggunakan coklat strawberry premium yang digandingkan bersama bijirin berwarna-warni bagi memenuhi keperluan kanak-kanak.

“Produk baharu ini didatangkan dalam pek mini yang lebih mudah dibawa ke mana sahaja dan amat sesuai untuk kanak-kanak.

“Bahan-bahan produk Unicorn Strawberry Chocolate pula terdiri daripada coklat strawberry premium, bijirin premium serta minyak sayuran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN