RM14.12 juta nilai jualan program FAMA

RM14.12 juta nilai jualan program FAMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM14.12 juta nilai jualan dalam pelaksanaan program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan  (FAMA) di 113 lokasi di seluruh negara bagi membantu para pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan.

Agensi berkenaan dalam satu kenyataan menjelaskan, melalui pelaksanaan program seperti Jualan Ramadan Madani, Syawal Madani dan Agro Madani yang dikelolakan FAMA telah mendapat sambutan yang baik daripada pengguna dan usahawan bimbingan.

“Inisiatif ini dijalankan oleh FAMA bagi membantu pengguna mendapatkan bekalan makanan terutamanya pada musim-musim menyambut perayaan yang pastinya mendapat permintaan tinggi.

“Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara dan Dasar Pertanian Negara (DAN 2.0)  berkaitan rapat dengan terma ketersediaan (availability), kebolehcapaian (accesiblity), kemampuan membeli (affordability) dan keselamatan makanan (food safety) adalah merupakan tunjang dalam perancangan dan pencapaian dasar berkenaan pada masa ini,” katanya.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya