Rampasan pokok ganja : Polis Sibu tahan suspek ketiga

Rampasan pokok ganja : Polis Sibu tahan suspek ketiga

ZULKIPLI Suhaili (tengah) menunjukkan pokok ganja yang telah dirampas oleh pasukan polis narkotik dalam serbuan di Sibu baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rampasan dua pokok ganja di sini baru-baru ini, ditahan Khamis lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada Rabu lalu (24 Mei), pasangan beradik lelaki dan perempuan berusia 50-an, ditahan kerana didakwa menanam dan memiliki dua pokok ganja di kediaman mereka di Lorong Rambai di sini.

Tumbuhan itu bersama beg hitam berisi tanah dan daun kering ganja dengan nilai anggaran RM20,000 turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek ketiga berusia 24 tahun ditahan polis narkotik Sibu sekitar jam 9 pagi di pekarangan mahkamah.

Beliau mengesahkan penahanan suspek adalah bagi membantu siasatan berhubung kes rampasan ganja baru-baru ini.

Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau, disahkan positif tetrahydrocannabinol (THC).

Tambahnya, suspek ditahan reman sehingga 30 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 6B suspek boleh dihukum penjara seumur hidup dan sehingga enam sebatan.

Sementara itu, hukuman bagi Seksyen 15(1)(a), ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya