PRN: Tidak timbul isu dalaman dalam PH, BN - Salahuddin

PRN: Tidak timbul isu dalaman dalam PH, BN – Salahuddin

SALAHUDDIN Ayub mendukung seorang kanak-kanak sambil bergambar bersama sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pulai di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tidak timbul isu dalaman dalam kalangan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi bagi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk menyatakan sokongan serta memberi undi kepada calon Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, itu sudah menjadi kelaziman bagi mana-mana parti politik yang membentuk gabungan bersama.

Beliau percaya, penyokong PH tidak berdepan masalah untuk mengundi calon daripada BN pada PRN di enam negeri kelak dan penyokong BN juga dapat menyatakan sokongan yang sama.

“Saya tidak nampak ada masalah dalaman antara PH dan BN untuk kita memastikan PRN di enam negeri akan datang, malah percaya kita akan dapat bekerjasama dengan baik.

“Sememangnya, itulah disiplin kita apabila mengadakan kesepakatan ini. Kita harap undi daripada penyokong PH dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada BN, begitu juga calon PH turut mendapat undi daripada ahli BN.

“Saya sudah banyak kali terlibat dalam gabungan seperti ini, bila kepemimpinan sudah menetapkan pendirian mereka, ahli-ahli biasanya akan patuh dan dapat mengundi calon yang kita tetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pulai di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pengundi UMNO perlu memilih calon daripada Kerajaan Perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP. 

Menurut beliau, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama Kerajaan Perpaduan serta titah Yang di-Pertuan Agong dalam menyiksa kestabilan politik negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya