Presiden ABIM pertama meninggal dunia

Presiden ABIM pertama meninggal dunia

ALLAHYARHAM DR. RAZALI NAWAWI - FB ABIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama, Dr. Razali Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi ini.

ABIM menerusi hantaran Facebook memaklumkan, bekas Dekan Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berusia 83 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Katanya, urusan jenazah di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi manakala solat jenazah dijangka selepas zuhur.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail antara yang melawat Allahyarham pada hujung minggu lalu.

Razali menjadi Presiden ABIM pertama pada 1972 dan memperkenalkan sistem usrah sebelum diambil alih oleh Anwar sebagai Presiden ABIM yang kedua pada 1974.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin merakamkan ucapan takziah terhadap keluarga Razali dan menyifatkan berita pemergian itu sebagai satu kehilangan kepada negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Allahyarham adalah pencerah ummah yang banyak mendidik anak bangsa dan bukan hanya dalam dunia keilmuan, bahkan antara sosok ke hadapan dalam memastikan obor gerakan reformasi terus menyemarak.

Katanya, beliau secara peribadi banyak mengambil butir bicara Allahyarham sebagai nasihat dan panduan untuk terus kuat dalam meniti arus perjuangan ini.

“Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada negara dan perjuangan. Pastinya nama beliau akan terus kekal dalam hati dan sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada kita semua,” katanya.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokthar berkata, Razali merupakan tokoh murabbi ummah yang mendidik serta mentarbiyah masyarakat dengan ilmu, akhlak dan adab. 

“Sesungguhnya negara kehilangan seorang tokoh yang sekian lama berjuang untuk negara dan ummah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya