Ponteng kerja antara kesalahan ‘popular’ dibuat penjawat awam

Ponteng kerja antara kesalahan ‘popular’ dibuat penjawat awam

ZAINAL Rahim Seman (dua kanan) melihat proses temuduga calon secara maya pada Majlis SPA bersama media di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tidak hadir bertugas dan ponteng kerja direkodkan punca paling popular golongan penjawat awam dikenakan tindakan tatatertib ketika dalam tempoh perkhidmatan awam sejak tahun 2020 hingga 2022.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata, ada dalam kalangan ‘pesalah’ itu ponteng kerja sehingga berpuluh hari tanpa sebab dan alasan kukuh.

Berdasarkan statistik, kata beliau, pada tahun 2020, sebanyak 117 dikenakan tindakan tatatertib, manakala sebanyak 83 (2021) dan 51 (2022).

“Paling popular ialah ponteng kerja dan tidak hadir bertugas di mana ada yang satu hari, dua hari, tujuh hari serta berpuluh hari. Ada juga ikut bulaanan termasuk cuti tahun tanpa diketahui.

“Perkara ini tidak patut berlaku dalam perkhidmatan awam kerana kita telah bekalkan tatacara dan tata kelola hadir bertugas serta menyeru untuk patuh peraturan demi kebaikan anggota serta kemajuan perkhidmatan awam,” katanya pada Majlis SPA bersama media di sini tadi.

Zainal Rahim berkata, ketua jabatan atau lembaga tatatertib di setiap kementerian dan jabatan terlibat juga berperanan mengambil tindakan bersesuaian selepas kes tersebut dibawa kepada mereka.

“Selalunya, hukuman paling rendah kita akan beri surat amaran diikuti paling akhir iaitu menurunkan pangkat atau buang kerja. Bagi tindakan buang kerja ia melibatkan jenayah dan dadah,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, bagi urusan statistik tahan kerja pula, sebanyak 97 kes dilaporkan bagi tempoh tiga tahun iaitu pada 2020 hingga 2022, manakala sejumlah sembilan kes telah digantung kerja pada 2020, manakala 10 kes untuk 2021 dan 14 kes bagi tahun berikutnya.

“Untuk rayuan tatatertib pula, sebanyak 284 kes direkodkan pada 2020 selain 314 pada 2021 serta 498 pada 2022,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zainal Rahim mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes salah laku jenayah rasuah membabitkan penjawat awam kepada jawatankuasa khas di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya, proses itu lebih tersusun supaya setiap teguran SPRM berkenaan diambil tindakan.

“JPA ada satu jawatankuasa teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), ada satu jawatankuasa di JPA yang memantau semua laproan LKAN itu diambil tindakan oleh kementerian dan jabatan berkenaan.

“Jadi saya cadangkan pihak SPRM melaporkan kes sedemikian kepada unit JPA ini yang bertanggungjawab untuk memantau setiap aduan SPRM sama ada diambil tindakan atau tidak sebagaimana dibuat untuk tindakan LKAN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya