Pewaris pelawa Sanusi berdialog isu Pulau Pinang milik Kedah - Utusan Malaysia

Pewaris pelawa Sanusi berdialog isu Pulau Pinang milik Kedah

MOHD. YUSSOF LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewaris) mempelawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menghadiri majlis dialog bagi mendapatkan kepastian mengenai kenyataan beliau bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Presiden Pewaris, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, majlis dialog di antara Pewaris dan Menteri Besar Kedah itu boleh diadakan pada tarikh yang sesuai dan boleh tentukan oleh kedua-dua pihak.

”Pada majlis dialog ini kelak, kita dapat merungkai kepastian dengan fakta-fakta sejarah yang ada mengenai kenyataan Muhammad Sanusi bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Muhammad Sanusi terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut apabila mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Dalam pada itu, Mohd. Yussof yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) turut mempersoalkan sama ada kenyataan Menteri Kedah itu adalah satu gimik murahan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Sempadan Kedah-Pulau Pinang wujud dan dinyatakan dengan Akta 325 yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

”Maka, kata-kata Menteri Kedah itu satu kata-kata yang memperlihatkan dia kurang menyelidik atau sengaja untuk dilihat terlalu cerdik bagi mendapat simpati pengundi dalam PRN,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mengikut sumber Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, sempadan Pulau Pinang-Kedah bahagian Seberang Perai diwujudkan melalui perjanjian 6 Mei 1869 antara Inggeris dengan Siam.

”Bagi daerah Seberang Perai Tengah, Batu Sempadan Lama bermula berhampiran Kampung Perenggan dan Kampung Lalang, hinggalah ke kawasan Junjong, ada enam batu semuanya diikutkan peta tahun 1931,” katanya.

Tambahnya, dari segi Perlembagaan Malaysia (Akta Kedah dan Pulau Pinang- Pengubahan Sempadan 1985), dipersetujui bahawa bahagian sempadan di antara Kedah dan Pulau Pinang yang di sepanjang Sungai Muda adalah diubah kepada yang di sepanjang garis tengah alur Sungai Muda.

“Sebagaimana sungai ini mengalir sebelum sahaja berkuatkuasanya akta ini, pengubahan tersebut kepada sempadan yang ditunjukkan dalam pelan diserah simpan yang dikenal pasti mengikut Pelan Warta No. PW 1000 hingga PW 1008,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya