Peruntukan RM3 juta selesai masalah air di UMS - Anwar

Peruntukan RM3 juta selesai masalah air di UMS – Anwar

ANWAR Ibrahim bergambar bersama pelajar yang menghadiri Program Temu Anwar di UMS, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kelulusan peruntukan sejumlah RM3 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perdana Menteri berkata, kelulusan peruntukan itu boleh digunakan bagi pelaksanaan projek penggerudian air bawah tanah dan membuka pusat rawatan air di univeristi berkenaan.

Katanya, peruntukan itu diberikan kerana beliau tidak mahu isu air mengganggu pembelajaran mahasiswa seterusnya menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk menangani permasalahan berkenaan.

Justeru, beliau meminta Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor untuk menulis surat mengenai keperluan melaksanakan projek tersebut.

Pengumuman itu dibuat  ketika beliau menjawab soalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Jeeva Cassandra Abdul Mumin semasa Program Temu Anwar di UMS hari ini.

Program Temu Anwar yang berlangsung selama sejam itu dihadiri kira-kira 5,000 orang termasuk pelajar pelbagai universiti dan orang ramai.

Menjawab isu tiket penerbangan yang mahal yang dikemukakan wakil pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Sabah, Anwar berkata, penerbangan adalah urusan syarikat swasta jadi, tiada subsidi boleh diberikan.

Namun, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan boleh melakukan sewa khas bagi membolehkan kadar tiket penerbangan menjadi RM300 seperti semasa perayaan Pesta Kaamatan dan Gawai.

Oleh itu, jika sewa khas penerbangan ini boleh dipanjangkan bagi penerbangan domestik ke Sabah, Sarawak maka, perkara itu akan diteliti kemudian.

“Kita telah bincang dalam mesyuarat Jemaah Kabinet dan Kementerian Pengangkutan mencadangkan dalam kes tertentu, kerajaan akan melakukan sewa khas pesawat untuk memastikan kadar tambang ditawarkan berpatutan.

“Dalam masa sama, kerajaan menyokong cadangan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mewujudkan syarikat penerbangan baharu Sarawak dan diminta kerajaan Sabah juga sertai bersama bagi menurunkan kos penerbangan,” katanya.

Mengenai penubuhan universiti baharu di Sabah, Anwar berkata, ia bergantung kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat keperluan membina universiti baharu mahupun menambah kapasiti pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dan UMS. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.