Peranan media mampu tingkat hubungan Malaysia dan Indonesia

Peranan media mampu tingkat hubungan Malaysia dan Indonesia

ISMAIL Sabri Yaakob menganjurkan majlis makan malam bersama pengamal media Indonesia di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peranan media amat penting dan mampu mengukuhkan serta mempertingkatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hubungan akrab antara kedua-dua negara itu amat penting dan seharusnya selalu dijaga serta diperlihara.

“Hubungan baik dua negara ini harus terus dipupuk secara formal dan dengan sentuhan personal. Kedua-dua negara mempunyai hubungan geopolitik yang erat sejak sekian lama.

“Peranan media amat penting dan mampu menentukan rapat atau renggang hubungan kedua-dua buah negara,” katanya menerusi satu hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan beliau menganjurkan majlis makan malam bersama pengamal media Indonesia di Kuala Lumpur semalam.

Delegasi negara jiran itu diketuai oleh Presiden Ikatan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia, Asro Kamal Rokan yang juga merangkap bekas Pemimpin Redaksi akhbar Republika dan Pimpinan Umum Lembaga Kantor Berita Nasional (ANTARA).

Makan malam tersebut turut dihadiri wakil-wakil media Malaysia.

Mereka di sini beberapa hari sempena Hari Wartawan Nasional 2023 (Hawana) yang diadakan di Ipoh, Perak.

Ismail Sabri menjelaskan, silaturahim yang terjalin itu akan terus kekal dan mencambahkan buah fikiran demi kepentingan serta kesejahteraan kedua-dua belah negara.

“Kami berborak panjang mengenai pelbagai perkara termasuk kebebasan media dan keadaan semasa di kedua-dua negara.

“Saya mempunyai hubungan yang erat dengan mereka. Jika ke Indonesia, saya akan cuba mencari ruang untuk ‘ngopi’ dengan mereka,” katanya.

Beliau berharap jalinan erat media Malaysia dan Indonesia akan terus utuh serta menjadi jambatan untuk memelihara hubungan baik kedua-dua negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya