Perak FC pecat Teong Kim, Yusri ketua jurulatih sementara - Utusan Malaysia

Perak FC pecat Teong Kim, Yusri ketua jurulatih sementara

LIM TEONG KIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC memecat Datuk Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Super.

Pemecatan Teong Kim dibuat dua hari selepas Perak tumpas 1-3 kepada Sabah dalam saingan Liga Super, Selasa lalu.

Sebelum itu, Perak dibaham Selangor FC di Ipoh 4-0.

Bagaimanapun, sebab sebenar pemecatan itu dipercayai gara-gara Teong Kim gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) selepas 12 perlawanan.

Perak hanya menang dua perlawanan serta seri tiga dan tumpas tujuh perlawanan.

Pengumuman rasmi daripada Perak FC mengenai pemecatan Teong Kim dikeluarkan oleh kelab itu sebentar tadi..

Sebelum itu, ura-ura jurulatih itu dipecat bertiup kencang dalam laman media sosial kelab peminat.

Kini, Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara the Bos Gaurus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.