Pengarah syarikat antara 3 ditahan palsu dokumen

Pengarah syarikat antara 3 ditahan palsu dokumen

SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pensyarah wanita untuk disiasat berkaitan tuntutan palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga  individu terdiri daripada dua pengarah dan seorang pekerja syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memalsukan dokumen dan melakukan pecah amanah sehingga mengakibatkan kerugian dana syarikat berjumlah RM500,000.

Penahanan suspek dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an hingga 60-an itu dilakukan di Shah Alam antara pukul 5 petang hingga 9 malam semalam.

Menurut sumber, suspek disyaki memanipulasi dokumen dan turut membuat dokumen invois palsu sehingga menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian dalam penjualan produk sarung tangan kepada sebuah syarikat pembeli. 

“Justeru, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membenarkan ketiga-tiga suspek ditahan reman dua hari bermula hari ini selepas SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya