Pencen penakat arwah suami sumber kewangan keluarga

Pencen penakat arwah suami sumber kewangan tanggung keluarga

NORA Yaacob (dua, kanan) menyampaikan sumbangan Faedah Pengurusan Mayat kepada Kasmara Kadir (kiri) di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang suri rumah menanggap pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang di­tinggalkan arwah suami sebagai ‘bekal’ dia dan keluarga meneruskan kelangsungan hidup.

Kasmara Kadir, 48, berkata, pencen penakat bernilai RM1,310 sebulan itu akan digunakan untuk menanggung dua anaknya yang masih bersekolah.

“Hasil perkongsian hidup saya dan suami, kami dikurniakan lima orang anak. Tiga daripada anak sudah bekerja dan mempunyai keluarga masing-masing.

“Selain penakat, saya turut menerima pencen suami kerana arwah merupakan bekas anggota tentera. Jadi wang pencen itu dapat menampung dan me­ringankan beban saya serta anak-anak,” katanya ketika ditemui semasa sesi lawatan Prihatin Perkeso dan Penyam­paian Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disempurnakan oleh Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob di Kampung Pulau Melaka, di sini semalam.

Ujarnya, buat sementara waktu dia masih belum membuat keputusan untuk bekerja atau sebaliknya.

Mengimbau semula kejadian menimpa arwah suaminya, Kasmara memberitahu, kemala­ngan itu berlaku semasa arwah dalam perjalanan membawa penumpang dari arah Kota Bharu ke Kuantan sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

Katanya, bas yang dipandu suami bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian di Kuala Nerus, Terengganu.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN