Pegawai JPN Kedah dipukul dua lelaki

Pegawai JPN Kedah dipukul dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, di sini cedera di mata, hidung dan bibir dipercayai akibat dipukul dua lelaki di pejabatnya di Jalan Stadium, di sini, semalam.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pukul 12.45 tengah hari setelah mangsa didatangi dua lelaki terbabit atas alasan untuk membincangkan urusan berkaitan sekolah.

Namun, dua lelaki tersebut secara tiba-tiba menyerang mangsa yang berusia 50-an selepas berlaku perbincangan antara mereka melibatkan satu isu lain.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Daerah Kota Setar, petang semalam,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada isu melibatkan saudara-mara suspek.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan kejadian menimpa mangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

“Setakat ini seorang suspek lelaki berusia 40-an direman selama empat hari bermula hari ini hingga 2 Jun dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya