PETALING JAYA: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Pas (PasRelief) kini bekerjasama dengan Kementerian Buruh Palestin bagi membangunkan semula pejabat agensi itu selepas musnah akibat peperangan pada 2021.
PasRelief dalam satu kenyataan berkata, justeru pihaknya menyasarkan sumbangan bernilai RM1.1 juta bagi menyiapkan bangunan setinggi tiga tingkat dengan keluasan 270 meter persegi.
“Buat masa sekarang, fasa pembinaan telah berada di tingkat kedua. Tingkat pertama pula sudah bermula fasa pemasangan elektrik.
“Kutipan masih diperlukan bagi merealisasikan hasrat dan harapan rakyat Palestin bagi masa depan yang lebih baik,” katanya semalam.
Dalam pada itu PasReleif berkata, menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyiapkan sepenuhnya pembangunan pejabat tersebut yang masih dalam fasa pembinaan sekarang.
Menurutnya, bangunan itu akan menjadi tempat permulaan untuk bekerja dan harapan anak muda serta rakyat Palestin.
“Peperangan yang meletus pada dua tahun lalu telah menyebabkan banyak rumah runtuh dan bangunan hancur.
“Insiden itu juga menyebabkan ramai kehilangan tempat kerja termasuk Pejabat Kementerian Buruh,” jelasnya.
Mereka yang mahu menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian di https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-palestine-pasrelief atau ke akaun Tabung Kemanusiaaan PasRelief 564070614481 Maybank. – UTUSAN










