‘Oppa’ Black Eagles teruja diserbu peminat

‘Oppa’ Black Eagles teruja diserbu peminat

BLACK Eagles dari Korea Selatan antara pasukan ternama yang hadir melakukan persembahan udara di LIMA '23 di Langkawi, Kedah. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pasukan aerobatik Black Eagles milik Tentera Udara Republik Korea (ROKAF) diserbu peminat apabila melakukan sesi ramah mesra selepas melakukan pertunjukan udara sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Ketua pasukan aerobatik itu, Eunho Yang berkata, pihaknya gembira dan berterima kasih kerana mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Malaysia.

“Saya berharap rakyat Malaysia dapat menyaksikan persembahan unik yang tidak dilakukan oleh pasukan aerobatik lain iaitu aksi Taeguk (bendera Korea Selatan) dan pendaratan tornado (tornado landing).

“Kami juga rasa gembira apabila melihat ramai orang bersorak dan menyokong semasa kami melakukan pertunjukan udara,” katanya ketika ditemui di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini semalam.

Katanya, sebanyak 24 formasi berbeza dilakukan dengan lapan buah pesawat tempur ringan KAI T-50B.

“Saya juga teruja dan berbesar hati apabila dapat terbang di ruang udara Langkawi yang mempunyai laut dan gunung yang cantik,” ujarnya.

Eunho turut menyuarakan hasrat untuk kembali beraksi pada LIMA seterusnya dan berharap dapat memberikan persembahan yang lebih baik pada edisi akan datang.

“Saya berharap penonton terhibur dengan persembahan daripada kami dan berharap hubungan antara dua negara dapat terus diperkukuhkan lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN