Noraini kembali ke dalam PAC

Noraini kembali ke dalam PAC

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kembali menganggotai jawatankuasa itu selepas pemilihan diadakan di Parlimen semalam.

Noraini yang merupakan bekas Menteri Pengajian Tinggi dan pernah mempengerusi jawatankuasa tersebut pada April 2019 hingga Mac 2020, antara 12 ahli yang dilantik menganggotai PAC oleh Jawatankuasa Pemilih. 

Selain Ahli Parlimen Parit Sulong itu, turut dilantik ialah Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, dan Ahli Parlimen Saratok yang juga bekas Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju. 

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan hari ini berkata, kehadiran Noraini sebagai ahli PAC adalah sejarah untuk jawatankuasa itu kerana beliau mempunyai pengalaman mempengerusikan PAC sebelum ini. 

“Ia membuktikan bahawa kedudukan dan kredibiliti PAC sentiasa dipandang tinggi di kalangan ahli-ahli Parlimen. 

“Pengalaman ahli-ahli PAC termasuk saya yang pernah menjawat jawatan dalam kerajaan sudah pasti dapat menjadikan PAC lebih berwibawa serta dihormati dalam memastikan setiap laporan yang dibentang mempunyai impak kepada kerajaan.

“Pada masa sama, peranan PAC sebagai mekanisme semak dan imbang kepada kerajaan terutama sekali membabitkan dasar kewangan, perolehan serta tadbir urus kerajaan akan menjadi lebih kritikal,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya