Nilai perpaduan aset negara, pemimpin perlu bersatu

Nilai perpaduan aset negara, pemimpin perlu bersatu

Yang di-Pertuan Agong ketika menyampaikan titah perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan, di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru agar nilai perpaduan menjadi aset negara demi masa hadapan.

Selain itu baginda turut menyeru agar rakyat di negara ini kurangkan perbezaan antara satu, dan rapatkan jurang kaum dan agama.

“Kita harus kurangkan perbezaan di antara sesama kita sebagai rakyat Malaysia yang kita cintai, pada masa yang sama kurangkan jurang berbezaan antara kaum dan agama,” jelasnya.

Justeru itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa agar nilai perpaduan itu dimulakan dan praktikan dari setiap isi rumah.

Baginda berkata demikian ketika menyampailan Titah Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan, di Waterfront Kuching di sini hari ini.

Sambutan Minggu Perpaduan merupakan salah satu inisiatif di bawah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang akan disambut di seluruh negara pada minggu terakhir bulan Mei setiap tahun.

Sambutan Minggu Perpaduan menjadi manifestasi kepada perpaduan dalam kepelbagaian yang telah kita kecapi sejak sekian lama dan akan terus dipelihara.

Pada tahun ini, Kuching telah terpilih sebagai tuan rumah bagi sambutan peringkat kebangsaan bersempena pengiktirafan bandar ini sebagai Bandaraya Perpaduan.

Pada majlis yang sama, baginda turut berkenan melancarkan lagu tema perpaduan yang menggabungkan pelbagai dialek di Malaysia bertajuk Setia Perpaduan.

Lagu ini telah digubah hasil daripada cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong demi untuk menerapkan semangat perpaduan rakyat malaysia.

Lagu ini merupakan ciptaan Datuk DJ Dave dan lirik nya oleh Prof. Dr. Lim Swee Tin.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang turut menegaskan agar pemimpin serta rakyat perlu senada menanam semangat dan sifat perpaduan.

Katanya, usaha itu akan meneduhkan anak bangsa kita untuk terus mewarisi sebuah negara yang aman, makmur dan damai sejahtera.

“Sesungguhnya, setiap apa yang kita laksanakan pada hari ini adalah suatu pelaburan yang sangat besar bagi generasi mendatang. Usaha ini memperlihatkan bagaimana Institusi Diraja, pemimpin serta rakyat perlu senada menanam pohon pohon perpaduan.

“Inilah yang bakal meneduhkan anak bangsa kita untuk terus mewarisi sebuah negara yang aman, makmur dan damai sejahtera,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan, di Waterfront Kuching di sini hari ini.

Jelasnya lagi perpaduan seharusnya menjadi cara hidup dan amalan semua.

“Ianya bukan rekayasa yang hanya indah di atas kertas dan bait lagu sahaja. Perpaduan adalah kesegaran dan nyalaan yang menguatkan seluruh rakyat Malaysia berkobar-kobar menjadi anak watan berjati diri terpuji.

“Selari dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan, Kementerian mengambil Kerangka MADANI berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity). Perpaduan Negara inisiatif menghasilkan Membangunkan Malaysia,” tambah beliau.

Sambutan Minggu Perpaduan adalah “signature” program Kementerian Perpaduan Negara yang akan disambut di seluruh negara pada setiap tahun.

Pengisian utama program tersebut berbentuk kepada penganjuran kenegaraan, kebudayaan, kesenian dan warisan melalui pelbagai mekanisme seperti interaksi dan jalinan hubungan sosial secara berterusan pada peringkat “inter” dan “intra” etnik dengan penuh berhemah.

“Justeru itu ia dapat menggalakkan persefahaman, toleransi, hormat-menghormati antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Kesemua usaha ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk pemimpin, agensi Kerajaan, pihak swasta, NGO dan masyarakat,” ujarnya.

Selari dengan usaha membangun Malaysia MADANI, Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity).

Di bawah kerangka ini satu program perdana iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI diperkenalkan bermatlamat untuk menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap Rukun Negara serta usaha-usaha Kerajaan dalam memperkukuh perpaduan nasional.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya