Nahas van bertembung lori, pemandu cedera parah

Nahas van bertembung lori, pemandu cedera parah

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan yang tersepit di dalam van.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Seorang pemandu van cedera parah dalam kemalangan apabila van yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori berhampiran Signature Park, Batu 5 di sini awal pagi tadi

Lelaki berkenaan yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.20 pagi dan seterusnya anggota bomba dari Balai Bintulu dikerahkan ke tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) berkata, mangsa didapati cedera dan tersepit di tempat duduknya, dan anggota bomba berjaya mengeluarkannya dari dalam kereta.

“Pasukan paramedik yang turut tiba di tempat kemalangan memberi pertolongan cemas kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital.

“Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, dalam kemalangan berasingan, seorang lelaki berusia 40-an bernasib baik kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas trak pikapnya dirempuh di Jalan Ulu Layar, Bukit Sepak di Betong malam tadi.

“Kemalangan berlaku sekitar 8.05 malam dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

“Pemandu itu telah diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian,” ujarnya. –utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya