Murid tua dua buah sekolah bertaut semula

Murid tua dua buah sekolah bertaut semula dalam majlis Reunion Raya 66

MOHAMMAD Fakhruddin Mohd Ariff (duduk depan, tiga dari kanan) bersama rakan ‘murid tua’ Sekolah Rendah Ahmad dan Sekolah Menengah Ahmad, Pekan ketika pertemuan sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri di Riverview Cafe, Pekan, Pahang baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 50 orang ‘murid tua’ Sekolah Rendah Ahmad dan Sekolah Menengah Ahmad, Pekan sesi 1973 – 1978 dan 1979 – 1985 bertaut semula sempena Majlis Salam Aidilfitri Raikan Lebaran dan Reunion Raya 66 di Riverview Cafe, Pekan, Pahang baru-baru ini.

Seorang murid tua Sekolah Rendah Ahmad, Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pertemuan sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri cukup bermakna kerana sudah hampir 50 tahun mereka tidak bersua selepas tamat persekolahan dengan membawa haluan kehidupan menerusi kerjaya masing-masing.

“Saya bersyukur dan teruja kerana rakan bekas murid kedua sekolah ini masih sihat dan ceria, manakala pertemuan ini dapat memutarkan kembali banyak kenangan semasa usia kanak-kanak dan remaja ketika kami belajar bersama,” katanya yang juga Exco Kerajaan Pahang di Riverview Cafe, Pekan, Pahang baru-baru ini.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN