Muhammad Hawari, pendaki OKU negara berjaya takluk Everest

Muhammad Hawari, pendaki OKU negara berjaya takluk Everest

Muhammad Hawari pula hilang selepas berjaya sampai puncak Everest
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Di sebalik berita sedih kematian salah seorang pendaki Everest 2023 (ME 2023), seorang lagi pendaki negara Muhammad Hawari Hashim, 33, mencipta sejarah apabila berjaya menakluk puncak tertinggi dunia itu, semalam.

Muhammad Hawari yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Kejayaan itu turut dilaporkan sebuah media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) hari ini.

Pengarah Pengembaraan Perintis, Nivesh Karki berkata, ketika misi pendakian pendaki OKU ini membawa bendera negeri kelahirannya Pulau Pinang.

Katanya, kejayaan Muhammad Hawari ini membawa mesej baharu bahawa OKU juga mampu melakukan misi mencabar ini.

“Muhammad Hawari menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia dengan kekurangan fizikal dirinya,” lapor THT.

Ketika misi pendakian itu, Muhammad Hawari dibimbing malim gunung, Chatur Man (Chakra) Rai sehingga ke puncak.

Misi ini adalah percubaan kali kedua Muhammad Hawari selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca ribut salji.

Selain Muhammad Hawari, ME 2023 turut disertai tiga pendaki lain terdiri dari Ketua misi, Azim Afif Ishak,35, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, dan Tiong Ling Yang, 30, dan memulakan misi bermula 2 April lalu bagi menyesuaikan diri.

Bagaimanapun, rakan pendaki Muhammad Hawari, Awang Askandar disahkan maut pagi tadi selepas terjatuh pada aras pendakian 8,000 meter malam semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya