MT tentukan rayuan penggantungan Tajuddin - Utusan Malaysia

MT tentukan rayuan penggantungan Tajuddin

AHMAD Zahid Hamidi berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Perak di Lenggong hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Rayuan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap penggantungan keahliannya selama enam tahun akan dibawa ke Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk dibincangkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa jua keputusan rayuan itu akan ditentukan Majlis Tertinggi parti.

“Siapa pun boleh memohon rayuan tapi yang buat keputusan adalah Majlis Tertinggi.

“Maka perkara itu (rayuan Tajuddin) akan dirujuk kepada Majlis Tertinggi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Tajuddin sudah mengemukakan rayuan terhadap penggantungan keahliannya selama enam tahun dan mahu kembali aktif dalam parti itu.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menerima rayuannya.

Tajuddin mengakui digantung keahlian kerana beliau lantang mengkritik parti namun sudah meminta maaf di atas kelantangannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya