MPOB umum kelulusan akuan fungsi nutrien baharu

MPOB umum kelulusan akuan fungsi nutrien baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) mengumumkan kelulusan telah diberikan dalam membenarkan akuan fungsi nutrien baharu bagi Palm Tocotrienol Rich Fraction (TRF).

Pengerusi MPOB Mohamed Helmy Othman Basha berkata, kelulusan tersebut adalah bagi pelabelan makanan yang bebas daripada kandungan asid lemak trans (TFA) dalam makanan dan minyak boleh makan.

Menurut beliau, pelabelan tersebut juga termasuk dengan makanan lain yang di bawah peruntukan Peraturan 18C, Peraturan-Peraturan Makanan 1983.

“MPOB telah menerima kelulusan perakuan berkenaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 17 Oktober 2022.

“Kelulusan ini adalah selaras dengan seruan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semua negara menghapuskan kandungan asid lemak trans daripada produk makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Apresiasi Media ‘Merarau, Bersama Media’ di ibu negara semalam.

Beliau menjelaskan,  enghapusan kandungan asid tersebut adalah demi meningkatkan kualiti kehidupan, terutamanya aspek kesihatan secara global untuk memerangi penyakit kardiovaskular.

Hadir sama Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan), Dr. Zainab Idris.

Justeru, beliau berharap strategi pelaksanaan itu dapat membantu menangani kadar penghasilan asid lemak trans oleh industri makanan tempatan.

“Ini boleh ditetapkan dengan had kandungan asid lemak dalam minyak dan lemak makan tidak melebihi daripada 0.5 gram per 100 milimeter cecair atau 100 gram pepejal.

“Sementara itu, tidak melebihi 0.1 gram per 100 milimeter cecair atau 100 gram pepejal dalam kandungan makanan lain,” kata beliau.

Dalam pada itu,  beliau berkata penganjuran majlis tersebut merupakan inisiatif MPOB bagi mengiktirafkan peranan dan kerjasama pihak media.

Katanya, ini adalah kerana rakan media selama ini telah banyak membantu dalam memperluaskan liputan dan publisiti mengenai perkembangan industri sawit dan pencapaian penyelidikan MPOB.

“Dalam konteks kami sendiri  media bertindak sebagai penghubung yang mendekatkan MPOB dengan masyarakat menerusi liputan dan kupasan yang diterbitkan.

“Malah juga sebagai wadah dalam menyebarkanluaskan maklumat terkini mengenai program-program R&D serta teknologi-teknologi terbaharu yang dibangunkan oleh MPOB,” ulasnya.- utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya