Minta suapan lebih RM100,000, dua bekas ketua bahagian syarikat swasta industri getah ditahan SPRM

Minta suapan lebih RM100,000, dua bekas ketua bahagian syarikat swasta industri getah ditahan SPRM

DUA lelaki berusia antara 45 dan 80an ditahan reman SPRM di Mahkamah Majistret, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua bekas ketua bahagian sebuah syarikat swasta industri getah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM100,000 daripada kontraktor bagi mendapatkan projek pembelian mesin dan pembekalan barang.

Kedua-dua lelaki berusia antara 45 dan 80an tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek terlibat masing-masing dipercayai meminta daripada kontraktor wang suapan berjumlah kira-kira RM83,000 dan RM50,000 bagi tujuan kontraktor mendapatkan projek pembelian mesin pemotong serta barangan perindustrian getah, antara tahun 2019 hingga 2020.

Majistret Mohd Dinie Shazwan Shukor mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia 80an selama tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Mei manakala seorang lagi suspek berusia 45 tahun direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 13 Mei.

Ia selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi di Mahkamah Majistret di sini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya