Minat Syazwani terhadap pembuatan tembikar - Utusan Malaysia

Minat Syazwani terhadap pembuatan tembikar

NUR Syazwani Izyan Jefridin menunjukkan kemahiran membentuk tembikar menggunakan mesin putaran di festival silang budaya Kelantan-Perlis di Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Minat yang mendalam sejak kecil mendorong seorang gadis menceburi bidang pembuatan tembikar dan seramik yang mendapat sambutan cukup memberansangkan dari peminat kraf tersebut dari seluruh negara.

Nur Syazwani Izyan Jefridin,31, yang mengusahakan bengkel pembuatan tersebut di Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 2010 itu menghasilkan kira-kira 100 jenis tembikar pelbagai model terkini serta produktif.

Pemilik Belipot Craft Ceramic itu berkata, kraf tersebut dijual secara dalam talian dengan harga bermula serendah RM3 sehingga ratusan ringgit bagi tembikar yang saiz lebih besar.

Katanya, sehari dia mampu menjual kira-kira 25 biji tembikar dengan pelanggan dari seluruh negara khususnya mereka yang berminat dengan kraf untuk hiasan itu.

Ujarnya, pelbagai jenis model tembikar dibuat termasuk produk-produk interaktif yang mampu menarik minat para pelanggan.

“Saya minat dalam pembuatan tembikar ini sejak dari kecil selepas melihat ayah dalam kerja-kerja pembuatan kraf ini. Meskipun belajar dalam bidang lain namun tidak menghalang saya meneruskan minat ini.

“Pembuatan tembikar ini memerlukan kemahiran, minat, kesabaran bagi menghasilkan tembikar yang sempurna,” katanya ketika ditemui semasa melakukan demontrasi pembuatan tembikar di festival silang budaya Kelantan-Perlis di sini hari ini.

Tambah anak sulung dari empat beradik itu, kaedah bagi menghasilkan tembikar tersebut memerlukan beberapa proses.

NUR Syazwani Izyan Jefridin (kanan) menunjukkan tembikar yang dihasilkan di
di festival silang budaya Kelantan-Perlis di
Dataran Dato Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Katanya, bermula dengan mengukir model bentuk, proses acuan merangkumi empat peringkat dan putaran menggunakan mesin.

“Putaran menggunakan tangan itu juga memerlukan kemahiran. Apabila sudah kering ia melalui proses bakar, cat dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Syazwani menyasarkan produk berkenaan dipasarkan untuk pasaran antarabangsa dalam tempoh terdekat khususnya pasaran di Singapura dan Indonesia.

Orang ramai yang ingin membeli tembikar berkenaan boleh melayari shopee, instagram,facebook Belipot Craft atau hubungi di talian 017-7221344.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya