MCA tidak perlu kecil hati dalam kerjasama BN-PH - Utusan Malaysia

MCA tidak perlu kecil hati dalam kerjasama BN-PH

AHMAD ZAHID Hamidi ketika berucap merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA tidak perlu ‘berkecil hati’ dalam kerjasama yang dijalankan parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama antara BN dan PH itu adalah realiti politik baharu dalam kerajaan ketika ini yang mana setiap parti harus menyantuni keberadaan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak mahu mana-mana parti (di dalam BN) berkecil hati apabila kita bekerjasama secara ‘smart partnership’ ini.

“Tetapi perkukuhkan parti masing-masing untuk memperoleh dokongan daripada ahli-ahli sendiri dan pengundi yang bukan ahli mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Semicon Asia Tenggara 2023 di Spice Arena, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ditanya berkenaan kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang mengingatkan beliau supaya meletakkan kepentingan parti komponen dalam BN terlebih dahulu, bukannya mengutamakan PH, khasnya DAP.

Dalam kenyataan beliau semalam, Sin Woon turut menegaskan supaya Ahmad Zahid berpegang utuh kepada prinsip, selain berwaspada dalam hal berkaitan kerjasama antara kedua-dua gabungan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan, setiap parti komponen BN sama ada yang teras seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta parti bersekutu lain perlu sentiasa diperkasakan.

“Yang penting adalah kerjasama dengan semua parti di dalam “outfit” BN, itu prinsip yang pertama,” katanya.

Jelssnya, pengukuhan parti-parti komponen BN itu juga bagi memberikan tanggapan yang positif kepada parti masing-masing, bukan kesan sebaliknya disebabkan perkara-perkara yang berlaku terhadap parti berkenaan sebelum ini.

“Jadi memperkukuhkan parti masing-masing untuk pengembangan daya sokongan yang lebih tersebar luas itu lebih penting daripada melayani rasa kecil hati oleh mana-mana parti politik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya