Mazli dilantik Ketua Polis Terengganu baharu   - Utusan Malaysia

Mazli dilantik Ketua Polis Terengganu baharu  

MAZLI Mazlan (kanan) menerima dokumen Serah Terima Tugas daripada Rohaimi Md. Isa sambil disaksikan Sahabudin Abd. Manan  (tengah) di IPK Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Rohaimi Md. Isa yang bertukar ke Bukit Aman menjawat jawatan Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Wan Rukman Wan Hassan, pegawai kanan polis, ketua-ketua polis daerah serta ketua-ketua jawatan.

Rohaimi yang menjalankan tugas selaku Ketua Polis Terengganu sejak 3 Jun 2021 dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Mazli.

Mazli dalam sidang akhbar pertamanya berikrar untuk meneruskan tugas serta perancangan polis Terengganu sebagai agensi penguatkuasaan terbaik bagi menjaga keamanan masyarakat.

“Saya juga akan meneruskan agenda pencegahan dan mengurangkan indeks jenayah, pematuhanMazli dilantik Ketua Polis Terengganu baharu   undang-undang serta membantu kerajaan negeri dan persekutuan mengekalkan keamanan.

“Begitu juga masalah seperti peningkatan kes kemalangan jalan raya dan isu mat rempit yang mana kita akan menggunakan pendekatan lebih holistik dan tersusun,” ujarnya.

Turut diadakan dalam majlis sama penyerahan tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) daripada Datin Azizah Malisa Ramli kepada Datin Nur Izzati Shafii. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya