Masih ramai pekerja gig, suri rumah belum carum Perkeso - Utusan Malaysia

Masih ramai pekerja gig, suri rumah belum carum Perkeso

Caruman Perkeso
V. Sivakumar ditemui pemberita selepas menyampaikan Faedah Pencen Ilat Perkeso di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) oleh suri rumah melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan pekerja sektor ekonomi gig masih terlalu rendah.

SKSSR yang diperkenalkan sejak 1 Disember tahun lalu hanya mencatatkan jumlah pencarum seramai 176,883 orang walaupun bayaran carumannya cuma RM10 sebulan atau RM120 setahun.

Bagi sektor ekonomi gig pula, lebih sejuta pekerja dalam bidang tersebut wujud di negara ini namun yang menjadi pencarum sekitar 570,000 orang.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, jumlah itu membuktikan masih ramai belum bersedia untuk menjadi pencarum dan menerima manfaat perlindungan.

“Masih ramai kumpulan pekerja ini tidak nampak faedah yang mereka dapat dengan mencarum dengan Perkeso dan mungkin itu salah satu sebabnya.

“Bagaimanapun, kita akan terus menjalankan banyak program untuk memberi kesedaran tentang manfaat perlindungan dan faedah dengan mencarum kepada Perkeso,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan Faedah Pencen Ilat Perkeso kepada dua penerima faedah itu, P. Sokkayee dan K. Gunasegaran.

Dalam pada itu, Sivakumar meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pencarum bagi SKSSR sebanyak 500,000 orang berbanding jumlah sedia ada, menjelang akhir tahun ini.Masih ramai pekerja gig, suri rumah belum carum Perkeso

“Jumlah itu masih jauh daripada sasaran, yang mana sasarkan jumlah pencarum skim ini sekurang-kurangnya 500,000 orang menjelang hujung tahun ini. 

“SKSSR amat baik kerana pencarum boleh mendapat manfaat sekiranya berlaku kemalangan dan sakit walaupun cuma berada di rumah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.