Mangsa dibaham buaya ditemukan terapung 15 kilometer

Mangsa dibaham buaya ditemukan terapung 15 kilometer dari lokasi hilang

MAYAT mangsa dibaham buaya ditemukan di Kampung Nala Lama, Tungku, Lahad Datu hari ini-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Mangsa lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ditemukan terapung dalam keadaan tidak berseluar di perairan Kampung Nala Lama, Tungku hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rusbin Asri, 40, ditemukan maut pada awal pagi tadi iaitu pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Bot dinaiki mangsa yang sedang melakukan aktiviti memukat difahamkan telah terbalik semasa mangsa disambar buaya di perairan Kampung Makuau pada Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa dilaporkan hilang semasa menjalankan aktiviti memukat di persisiran pantai di Jalan Kampung Makuau pada pukul 10.28 malam pada 12 Mei.

Berdasarkan maklumat waris, mangsa telah turun ke laut seorang diri dan terdapat saksi yang melihat mangsa berada di atas bot sebelum disambar buaya yang kebetulan berada berhampiran bot dinaiki mangsa.

“Pagi tadi, bilik kawalan operasi menerima laporan daripada pihak polis bahawa terdapat satu mayat ditemukan terapung oleh orang awam di Kampung Nala Lama, Tungku pada pukul 6.45 pagi iaitu 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

“Pasukan bomba dan agensi bantuan yang lain bergerak dan tiba dilokasi mangsa ditemukan pada pukul 8.45 pagi dan seterusnya membawa mangsa ke Kampung Makuau untuk pengecaman keluarga.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan yang lengkap anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sumsoa, keluarga mengesahkan bahawa mangsa adalah ahli keluarga yang dilaporkan hilang ketika memukat. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, operasi SAR ditamatkan pada pukul 11 pagi tadi.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya