Maidam sasar kutipan zakat RM260 juta tahun ini - Utusan Malaysia

Maidam sasar kutipan zakat RM260 juta tahun ini

SHAIKH Harun Shaikh Ismail (dua dari kanan) menerima replika cek zakat perniagaan daripada wakil salah sebuah syarikat pada Majlis Penyerahan Zakat Korporat di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyasarkan kutipan zakat keseluruhan sebanyak RM260 juta di negeri itu tahun ini.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, sasaran kutipan itu ialah peningkatan 12 peratus atau lebih RM31 juta berbanding RM228 juta yang dikutip pada 2022.

“Sehingga semalam, jumlah pungutan zakat diterima MAIDAM bagi tahun ini sudah mencecah lebih RM113 juta dengan hampir RM109 juta daripadanya telah diagihkan kepada golongan fakir miskin.

“MAIDAM menganggarkan kutipan zakat keseluruhan bagi 2023 adalah RM260 juta dan berharap sasaran itu dapat dicapai bagi terus membantu golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Korporat di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 11 buah syarikat menyerahkan zakat perniagaan yang bernilai keseluruhan hampir RM3.6 juta.

Sementara itu, Shaikh Harun berkata, bermula tahun ini majikan dibenarkan membuat permohonan wakalah 25 peratus jika jumlah zakat dikeluarkan kakitangan melebihi RM20,000 setahun.

Menurut beliau, pembaharuan itu berbeza berbanding sebelum ini yang mana permohonan wakalah hanya boleh dipohon individu, syarikat serta organisasi sahaja.

“Melalui wakalah ini, mana-mana majikan boleh keluarkan 25 peratus jumlah zakat untuk mengagihkan sendiri kepada fakir miskin di tempat masing-masing atau pekerja mereka yang miskin.

“Langkah ini bagi menggalakkan lebih ramai majikan membayar zakat dan mereka boleh melaksanakan agihan itu kepada penerima menerusi program sosial,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya