LPP teliti impak cuaca panas jejaskan tanaman

LPP teliti impak cuaca panas jejaskan tanaman

AZULITA Salim (kanan) mengisi petrol sebagai gimik perasmian stesen minyak Petron PPK Chetok Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang meneliti impak cuaca panas yang akan memberi kesan kepada sektor pertanian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, pemantauan dibuat dari semasa ke semasa tetapi setakat ini terkawal.

“Di peringkat LPP  penanam  sayur tidak menerima impak nyata kerana ramai petani menggunakan kaedah tanaman fertigasi dan hidroponik.

“Cuaca panas ini dapat dibendung kerana adanya teknologi ini, kekurangan air dapat ditampung dengan sumber air telaga tiub,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Stesen Minyak Petron Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chetok di sini hari ini.

Azulita memberitahu, penanaman padi mungkin sedikit terjejas kerana cuaca panas ini menyebabkan sawah kering.

“Kita juga sedang memantau situasi ini, lagi pun cuaca panas yang melanda negara ini baru berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya cuaca panas berterusan kemungkinan jadual tanaman padi ditunda kerana masalah air. – utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN