JOHOR BAHRU: Lima loji rawatan air (LRA) di negeri ini berisiko berada pada paras kritikal sekiranya fenomena El Nino berterusan hingga Julai depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Ir. Mohamad Fazli Salleh berkata, loji itu ialah LRA Lok Heng dan Sungai Gembut di Kota Tinggi, LRA Bukit Batu (Kulai), LRA Tenglu (Mersing) dan LRA Sultan Iskandar (Johor Bahru) yang pernah mempunyai rekod kekurangan bekalan air ketika negeri…










