LIMA ‘23: 39 aset Maritim Malaysia penutup segmen maritim

LIMA ‘23: 39 aset Maritim Malaysia penutup segmen maritim

AKSI aset Maritim Malaysia pada hari terakhir segmen maritim sempena LIMA ‘23 di RWL, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membuat demonstrasi pada hari terakhir dengan 39 buah aset miliknya pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).

Maritim Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, aset tersebut termasuk empat buah helikopter jenis AW139 dan AS365 N3 serta enam buah jetski.

“Sebanyak 10 formasi dan tiga demonstrasi iaitu aksi pesawat udara, aksi melibatkan jetski bot Benteng dan bot Perkasa serta demonstrasi carilamat (SAR) dilakukan hari ini.

“Selain memperlihat kehebatan aset Maritim Malaysia, penonton pada hari terakhir turut disajikan dengan demonstrasi Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia (STAR TEAM) berdasarkan situasi sebenar operasi membanteras aktiviti jenayah di laut,” katanya.

Jelasnya, demonstrasi itu memperlihat kehebatan anggotanya melakukan aksi mencari dan menyelamat mangsa di laut melalui kaedah winching.

Selain itu, Maritim Malaysia turut menggunakan lapan buah kapal, tujuh buah bot Perkasa, lima buah bot Benteng, tiga bot Penggalang, tiga bot Penyelamat, dua bot Kilat dan sebuah bot Petir.

Agensi itu pada masa sama menyediakan reruai pameran di Resort World Langkawi (RWL) dan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bagi memberikan maklumat berkaitan tugas dan ruang maklumat kerjaya kepada pengunjung yang bercita-cita menyertai Maritim Malaysia.

“Pengunjung dapat melihat lebih dekat pakaian, senjata dan peralatan yang digunakan semasa menjalankan tugas di reruai tersebut.

“Selain itu, pengunjung turut berpeluang merasai situasi sebenar operasi yang dilaksanakan oleh anggota Maritim Malaysia menggunakan Virtual Reality (VR) bagi melihat bagaimana anggota STAR TEAM melaksanakan tugasan yang telah diaturgerak,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.