Lelaki maut terkena renjatan elektrik disyaki curi kabel - Utusan Malaysia

Lelaki maut terkena renjatan elektrik disyaki curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIDOR: Cubaan memotong kabel tembaga di bilik kuasa elektrik di sebuah kilang pasir di Kampung Coldstream dekat sini hari ini, dipercayai menjadi punca seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, semakan ke atas lelaki berusia 27 tahun itu mendapati dia memiliki lapan rekod jenayah lampau termasuk bersabit kes narkotik.

“Lelaki itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di dalam bilik kuasa elektrik tersebut. Dia disyaki terkena renjatan elektrik ketika cuba memotong kabel tembaga di bilik berkenaan.

“Pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan kematian lelaki itu. Mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat,” katanya.

Tambah beliau, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.