Lelaki hina institusi diraja ditahan

Lelaki hina institusi diraja ditahan

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap instistusi diraja dan bersifat provokasi perkauman di Twitter, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, lelaki yang juga pengendali akaun Twitter @haziqmahmur9 berusia 27 tahun itu ditahan dalam serbuan di Seremban, Negeri Sembilan.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit beserta dua kad sim dalam serbuan itu.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 27 Mei nanti untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diingatkan supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian negara terutama membabitkan isu 3R (raja, agama dan kaum).

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.