Lelaki ditahan buat ugutan bom palsu - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan buat ugutan bom palsu

YAHAYA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pesakit mental selepas disyaki membuat ugutan bom palsu di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampar pada pukul 11.30 malam.

Katanya, tangkapan ke atas lelaki itu dilakukan susulan laporan polis dibuat pengurus pusat membeli-belah tersebut berkaitan ancaman bom pada pukul 4.57 petang.

“Pihak pengurusan menerima email pada 2.56 petang daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan terdapat ancaman bom di pusat membeli-belah tersebut.

“Individu itu juga meminta agar pihak pengurusan segera mengambil langkah berjaga-jaga sekaligus meningkatkan kawalan keselamatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh dijalankan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di lokasi kejadian dan mengesahkan ancaman bom itu adalah palsu.

Katanya, siasatan pihak polis berjaya menghasilkan tangkapan ke atas suspek dan merampas alat komunikasi yang digunakan lelaki itu.

“Berdasarkan semakan, suspek memiliki sejarah penyakit psikitri dan kini sedang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Psikitri di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Ujian saringan air kencing dilakukan ke atas suspek dan mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Tambah beliau, siasatan kes di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan telah selesai dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya